renungan

Renungan 1: Peristiwa Yang Berlaku Pada Hari-Hari Islam

AHAD - maksudnya 'satu'
- Allah menjadikan alam ini.
- Allah menjadikan bintang-bintang di langit
- Allah menjadikan api neraka
- Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis.
- Allah menjadikan tujuh jenis lautan
- Allah menjadikan tujuh anggota manusia

ISNIN - maksudnya 'dua'
- Nabi Idris a.s dinaikkan Allah ke langit
- Nabi Musa a.s mengunjungi bukit Tursina.
- Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
- Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w
- Rasulullah s.a.w wafat

SELASA - maksudnya 'tiga'
- Nabi Yahya a.s telah dibunuh.
- Nabi Zakaria a.s telah dibunuh
- Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan.
- Asiah isteri Firaun mati dibunuh
- Lembu kaum Bani Israel dibunuh
- Habil dibunuh Qabil

RABU/ABRA - maksudnya 'empat'
- Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah
- Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
- Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
- Umat Nabi Saleh a.s dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail a.s
- Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat.

KHAMIS - maksudnya 'lima'
- Nabi Ibrahim a.s memasuki kerajaan Mesir.
- Saudara Nabi Yusuf a.s telah menemuinya semula setelah lama terpisah.
- Nabi Yaakub a.s bertemu semula dengan anaknya Nabi Yusuf a.s di Mesir.
- Nabi Musa a.s memasuki Mesir
- Nabi Muhammad s.a.w memasuki Kota Mekah


JUMAAT - maksudnya berhimpun
- Nabi Adam a.s berkahwin dengan Siti Hawa
- Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaikha
- Nabi Musa a.s berkahwin dengan Siti Safura, anak Nabi Syuib a.s
- Nabi Sulaiman a.s berkahwin dengan Puteri Balqis
- Rasulullah berkahwin dengan Siti Khadijah
- Rasulullah berkahwin dengan Siti Aishah
- Ali b. Abu Talib berkahwin dengan Siti Fatimah.

Renungan 2
Saat kau dilahirkan, kau menangis dan orang lain tersenyum.
Berjuanglah agar pada saat kau mati, kau tersenyum dan orang lain menangis  -HAMKA


Renungan 3
Mengerjakan apa yang anda sukai tidaklah penting;
Yang penting menyukai apa yang anda kerjakan   -ARISTOTELS


.